Nuffnang Ads

Khasiat Buah Delima


Siapa yang tidak kenal Buah Delima. Buah Delima sangat dikenali dengan bentuk,warna kulit mahupun bijinya yang melambangkan kesuburan. Sedangkan intipati buahnya yang berwarna merah dan lazat bagaikan mata air salsabil di syurga. Sesetengah orang menganggapnya lambing kelahiran, kehidupan dan kematian.
Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah.
Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat untuk bayi.  Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.



Kebaikan dan Khasiat Buah Delima :
  • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
  • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
  • Menyingkirkan lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
  • Mencegah rasa mual
  • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
  • Mencantikkan kulit muka
  • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
  • Berupaya menghapuskan kahak
  • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
  • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Mencegah dan merawat kanser
  • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
  • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
  • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti :
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .

Lihatlah betapa khasiatnya buah istimewa ini. Tidak semua tempat ada menjual buah delima seperti buah-buah lain yang senang untuk dicari. Hanya tempat-tempat tertentu sahaja menjual buah ini. Jika anda mempunyai penyakit seperti di atas, ada baiknya jika anda mencuba khasiat yang ada pada buah ini, ia mungkin dapat mengawal dan mengurangkan masalah kesihatan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan